Saturday, 8 October 2016

Petua Orang Tua untuk Kecantikan

Orang tua lebih berpengalaman berbanding kita. Petua orang tua lebih berkesan dan tidak mempunyai risiko. Post ini saya ingin kosngsikan bersama anda


Petua Orang Tua untuk Kecantikan


  • Melicinkan dan memerahkan kulit muka

Image result for tomato

Ambil sebiji tomato merah yang masak, lenyekkan sehingga halus. Kemudian sapu pada seluruh muka dan biarkan selama 20 minit. Selepas itu, basuh dengan air bersih. Amalkan 2-3 kali seminggu.

  • Menegangkan Kulit Muka

Image result for timun

Ambil tepung ubi kayu dan timun. Hancurkan timun sehingga lumat menggunakan pengisar. Kemudian campurkan tepung ubi kayu kedalam timun yang dikisarkan tadi dan tambah sedikit air. Gaulkan sehingga rata dan tidak terlalu cair. Kemudian sapukan ke muka dan biar sehingga kering. Apabila sudah kering, basuh dengan air bersih.

  • Menyerikan wajah

Image result for berselawat

Hanya perlu mengamalkan amalan di setiap pagi dengan berselawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu ke muka anda.


  • Merawat Kulit Berkedut

Image result for carrot

Ambil sebatak lobak merah dan bersihkan. Parut lobak merah itu menjadi halus. Kemudian campurkan bersama satu sudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu dan sapukan pada kulit muka anda sekali sehari. Boleh diamalkan sehingga berkesan.

  • Kulit cerah dan licin

Image result for limau nipis

Ambil sebiji limau nipis dan belah dua. Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan. Boleh diamalkan dua kali seminggu.

No comments:

Post a Comment