Kenalpasti jenis kulit wajah anda...
1: Kulit normal

Kulit normal ini kebiasaannya kurang bermasalah seperti tidak terlalu kering, tidak terlalu berminyak dan tidak sensitif. Bagi mereka yang mempunyai kulit normal ini, mempunyai permukaan sekata dan tidak berkilat. Selain ini, 'make up' yang digunakan juga akan tahan lebih lama dan muka tidak akan berminyak.
2: Kulit kering
Kulit kering ini kebiasaannya mempunyai masalah aktiviti pengeluaran kelenjar minyak yang kurang. Hal ini akan menyebabkan kulit pada wajah kelihatan kering dan tidak mempunyai kelembapan pada kulit wajah. Jenis kulit kering ini dapat dilihat seperti kulit tidak berkilat, kulit menjadi kering seperti mengelupas dan tompok-tompok kulit yang kasar.
3: Kulit berminyak

Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak, ia kelihatan permukaan kulit pada wajah yang sentiasa berminyak. Ini berpunca dari aktiviti pengeluaran kelenjar minyak yang tinggi. Jenis kulit berminyak ini boleh dilihat apabila kulit wajah seseorang itu mempunyai bintik hitam atau dikenali 'black head', pori-pori terbuka dan kulit yang berkilat. Kebiasaannya seseorang yang mempunyai masalah kulit berminyak ini, penggunaan 'make up' tidak akan bertahan lama.
4: Kulit sensatif
Kulit sensatif ini kebiasaannya mempunyai masalah yang besar. Kulit sensatif ini sangat sukar untuk dijaga. Cotohnya, apabila berlakunya perubahan cuaca, ia akan menyebabkan kulit bertukar merah dan pedih-pedih. Selain itu, penggunaan kosmetik yang salah akan membuatkan kulit sensatif itu menjadi lebih bermasalah. Kulit sensatif dapat dikesan melalui kulit menjadi kemerahan, kepidihan, mengelupas, naik ruam atau tumbuh jerawat pada kulit wajah.
No comments:
Post a Comment