'Sunburn' akan berlaku sekiranya kulit terdedah kepada sinaran matahari secara langsung melebihi 30 minit. Sebagai seorang perempuan, apabila mukanya 'sunburn' mereka pasti akan berasa tekanan dan mahukan 'sunburn' itu hilang dengan cara yang berkesan dan tidak meninggalkan kesan buruk terhadap kulit mukanya.
Jangan risau, disini saya ingin kongsinkan beberapa cara untuk hilangkan 'sunburn' tersebut...
Cara hilangkan 'sunburn'
Cara Pertama: Berhenti memakai segala pencuci muka, krim muka, pelembab muka, toner dan semua jenis skin care. Cuci dengan air bersih sahaja. Ini untuk mengelakkan kulit muka dari sebarang bahan kimia.Cara Kedua: Ambil satu batang lidah buaya dan picit untuk keluarkan lendir lidah buaya itu. Sapu pada muka sehingga kering. Kalau tiada pokok lidah buaya, boleh pakai aloe vera gel yang di jual di watsons dan seakan dengannya.
Cara Ketiga: Pakai bedak sejuk setiap malam. Tapi ingat jangan pakai krim muka !
Cara Keempat: Selepas 3-4 hari, mengelupas akan keluar, ambil kapas muka, letak toner dan gosok dengan perlahan-lahan. Ini untuk menanggalkan kulit yang mati. Ulang 2-3 hari.
Cara Kelima: Selepas sebulan, gunalah pencuci muka anda untuk mencuci muka anda.
Selepas 2 bulan, kulit muka yang 'sunburn' itu akan kembali seperti sedia kala. Bolehlah nak ber 'make up' balik....;)

No comments:
Post a Comment