Arrghhhhhh stress !!!! Jerawat tumbuh lagi..... Parut jerawatt yang lama masih ada lagi ?
Jangan risau... Post kali ini, saya ingin kongsikan bersama anda...
CARA PICIT JERAWAT TANPA MENINGGALKAN PARUT
~ Sebelum memicit jerawat, pastikan anda mencuci tangan dengan menggunakan sabun antibakteria. Selain itu, anda haruslah memotong kuku agar tidak mencederakan kulit muka dan mengelakkan kuman daripada menjangkiti kawasan jerawat.
~ Gunalah sarung tangan semasa memicit atau sekurang-kurangnya melapik tangan dengan tisu.
~ Selain itu, bersihkan dahulu muka anda dengan pencuci muka. Ini untuk mengelakkan bakteria daripada luar terus tercemar pada kulit muka.
~ Wapkan muka anda dengan air suam beberapa minit. Ini untuk membuka liang pori dan juga memudahkan jerawat dipicit.
~ Sebelum itu, kenalpasti mata jerawat sebelum memicit. Kemudia picit jerawat sehingga keluar isi putih atau nanah dan lap menggunakan tisu. Pastikan tidak picit menggunakan kuku.
~ Selepas jerawat selesai dipicit, cuci muka sekali lagi.
No comments:
Post a Comment