Saturday, 8 October 2016
Ciri-ciri Produk Kosmetik yang Mengandungi Merkuri
Petua Orang Tua untuk Kecantikan
Orang tua lebih berpengalaman berbanding kita. Petua orang tua lebih berkesan dan tidak mempunyai risiko. Post ini saya ingin kosngsikan bersama anda
Petua Orang Tua untuk Kecantikan
- Melicinkan dan memerahkan kulit muka
- Menegangkan Kulit Muka

- Menyerikan wajah

- Merawat Kulit Berkedut
- Kulit cerah dan licin

Bagaimana Cara Untuk Picit Jerawat yang Betul
Arrghhhhhh stress !!!! Jerawat tumbuh lagi..... Parut jerawatt yang lama masih ada lagi ?
Jangan risau... Post kali ini, saya ingin kongsikan bersama anda...
CARA PICIT JERAWAT TANPA MENINGGALKAN PARUT
~ Sebelum memicit jerawat, pastikan anda mencuci tangan dengan menggunakan sabun antibakteria. Selain itu, anda haruslah memotong kuku agar tidak mencederakan kulit muka dan mengelakkan kuman daripada menjangkiti kawasan jerawat.
~ Gunalah sarung tangan semasa memicit atau sekurang-kurangnya melapik tangan dengan tisu.
~ Selain itu, bersihkan dahulu muka anda dengan pencuci muka. Ini untuk mengelakkan bakteria daripada luar terus tercemar pada kulit muka.
~ Wapkan muka anda dengan air suam beberapa minit. Ini untuk membuka liang pori dan juga memudahkan jerawat dipicit.
~ Sebelum itu, kenalpasti mata jerawat sebelum memicit. Kemudia picit jerawat sehingga keluar isi putih atau nanah dan lap menggunakan tisu. Pastikan tidak picit menggunakan kuku.
~ Selepas jerawat selesai dipicit, cuci muka sekali lagi.
Make Up yang sesuai digunakan

Seorang perempuan diberikan lumrah untuk berhias. Tambahan pula sekarang, make up menjadi trend bagi remaja zaman sekarang. Ada yang baru berusia 13 tahun sudah menceburi bidang make up ini. Walaubagaimanapun, barang make up yang digunakan haruslah berkuali agar kulit muka tidak mudah rosak.
Untuk memilih barang make up yang sesuai digunakan, saya ingin mengongsikan...
Make Up yang sesuai digunakan
1. Pelembab
Pilihlah pelembab yang mengandungi lebih banyak air dibandingkan minyak. Selain itu, pastikan ia tidak mempunyai Paraben.
Pilihlah pelembab yang mengandungi lebih banyak air dibandingkan minyak. Selain itu, pastikan ia tidak mempunyai Paraben.
2. Foundation
Gunalah stick foundation atau blemish stick. Pilih warna yang bersesuai dengan kulit muka anda. Ia untuk menutupi jerawat atau parut pada kulit muka anda.
3. Bedak
Sebaiknya gunalah bedak tabur (loose powder). Ia dapat menyerap minyak yang banyak terdapat pada kulit remaja. Jangan memakai bedak yang terlalu tebal apabila kulit muka anda cepat berminyak, terutama sekali pada kawasan dahi, hidung dan dagu.
4. Eye makeup
Untuk bahagian mata, anda boleh memilih warna 'eye shadow' yang bersesuain dengan kulit anda. Untuk 'mascara' dan celak mata pula, pilihlah yang tahan air. Ini kerana, apabila anda berpeluh ia tidak akan mudah luntur. Selain itu, anda harus membersihkan kawasan mata anda dengan menggunakan 'eye makeup remover'.
5. Pipi Merah
Untuk pipi merah pula, pilihlah warna yang tidak terlalu kontra dengan kulit muka anda. Kemudian sapukan dengan menggunakan brush yang lembut.
6. Bibir
Akhir sekali dibahagian bibir. Untuk bibir yang kering, pilihlah lipstick yang berminyak dan tidak mudah kering. Untuk bibir yang biasa pula, bolehlah menggunakan lipstick matte yang menjadi trend sekarang.
Cara Hilangkan 'Sunburn'
'Sunburn' akan berlaku sekiranya kulit terdedah kepada sinaran matahari secara langsung melebihi 30 minit. Sebagai seorang perempuan, apabila mukanya 'sunburn' mereka pasti akan berasa tekanan dan mahukan 'sunburn' itu hilang dengan cara yang berkesan dan tidak meninggalkan kesan buruk terhadap kulit mukanya.
Jangan risau, disini saya ingin kongsinkan beberapa cara untuk hilangkan 'sunburn' tersebut...
Cara hilangkan 'sunburn'
Cara Pertama: Berhenti memakai segala pencuci muka, krim muka, pelembab muka, toner dan semua jenis skin care. Cuci dengan air bersih sahaja. Ini untuk mengelakkan kulit muka dari sebarang bahan kimia.Cara Kedua: Ambil satu batang lidah buaya dan picit untuk keluarkan lendir lidah buaya itu. Sapu pada muka sehingga kering. Kalau tiada pokok lidah buaya, boleh pakai aloe vera gel yang di jual di watsons dan seakan dengannya.
Cara Ketiga: Pakai bedak sejuk setiap malam. Tapi ingat jangan pakai krim muka !
Cara Keempat: Selepas 3-4 hari, mengelupas akan keluar, ambil kapas muka, letak toner dan gosok dengan perlahan-lahan. Ini untuk menanggalkan kulit yang mati. Ulang 2-3 hari.
Cara Kelima: Selepas sebulan, gunalah pencuci muka anda untuk mencuci muka anda.
Selepas 2 bulan, kulit muka yang 'sunburn' itu akan kembali seperti sedia kala. Bolehlah nak ber 'make up' balik....;)
SELAMAT MENCUBA....
RESEPI MEMBUAT MASKER TELUR
Untuk penjagaan kulit yang lebih mudah. Di sini saya ingin kongsikan bersama anda untuk membuat masker yang mudah di rumah. Putih telur merupakan salah satu rangkaian krim semulajadi yang bukan hanya membuat kulit menjadi halus dan lembut, malah ia mampu membantu mencekangkan kulit mukit anda.
Resepi Masker Telur
Selain kulit menjadi halus dan lembut, ia juga mampu untuk memutihkan wajah anda.
CARA UNTUK MEMBUATNYA:
1. Asingkan putih telur dan kuning telur.
2. Kacau putih telur dengan menggunakan garfu sehingga berbuih (macam buat mereng)
3. Sebelum pakai, bersihkan muka dahulu dengan sabun muka.
4. Sapukan putih telur yang kembang tadi kepada kulit muka anda.
5. Biarkan beberapa minit sehingga semua lapisan masker mengering (sehingga susah untuk menggerakkana muka)
6. Bersihkan muka dengan air suam.
7. Kemudian gunakan ais untuk menutup pori-pori pada kulit muka anda.
*** Selain itu, anda boleh menambah bahan tambahan seperti madu atau perahan lemon.***
Friday, 7 October 2016
Kenalpasti jenis kulit wajah anda
Untuk mengenalpasti jenis kulit anda, di sini saya ingin kongsikan bersama anda Jenis-jenis kulit wajah anda
Kenalpasti jenis kulit wajah anda...
1: Kulit normal

Kulit normal ini kebiasaannya kurang bermasalah seperti tidak terlalu kering, tidak terlalu berminyak dan tidak sensitif. Bagi mereka yang mempunyai kulit normal ini, mempunyai permukaan sekata dan tidak berkilat. Selain ini, 'make up' yang digunakan juga akan tahan lebih lama dan muka tidak akan berminyak.
2: Kulit kering
Kulit kering ini kebiasaannya mempunyai masalah aktiviti pengeluaran kelenjar minyak yang kurang. Hal ini akan menyebabkan kulit pada wajah kelihatan kering dan tidak mempunyai kelembapan pada kulit wajah. Jenis kulit kering ini dapat dilihat seperti kulit tidak berkilat, kulit menjadi kering seperti mengelupas dan tompok-tompok kulit yang kasar.
3: Kulit berminyak

Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak, ia kelihatan permukaan kulit pada wajah yang sentiasa berminyak. Ini berpunca dari aktiviti pengeluaran kelenjar minyak yang tinggi. Jenis kulit berminyak ini boleh dilihat apabila kulit wajah seseorang itu mempunyai bintik hitam atau dikenali 'black head', pori-pori terbuka dan kulit yang berkilat. Kebiasaannya seseorang yang mempunyai masalah kulit berminyak ini, penggunaan 'make up' tidak akan bertahan lama.
4: Kulit sensatif
Kulit sensatif ini kebiasaannya mempunyai masalah yang besar. Kulit sensatif ini sangat sukar untuk dijaga. Cotohnya, apabila berlakunya perubahan cuaca, ia akan menyebabkan kulit bertukar merah dan pedih-pedih. Selain itu, penggunaan kosmetik yang salah akan membuatkan kulit sensatif itu menjadi lebih bermasalah. Kulit sensatif dapat dikesan melalui kulit menjadi kemerahan, kepidihan, mengelupas, naik ruam atau tumbuh jerawat pada kulit wajah.
PENYEBAB KULIT MUKA BERMINYAK
Kulit muka berminyak merupakan satu masalah besar yang dihadapi oleh seseorang. Kulit muka berminyak juga akan menyebabkan seseorang itu kurang keyakinan pada diri apabila berhadapan dengan rakannya atau di khalayak ramai. Kulit muka berminyak akan mengakibatkan pori pada wajah tertutup dan tumbuhlah jerawat.

Disini saya ingin kongsikan....
5 Penyebab Kulit Muka Berminyak
1: Makanan yang berlemak
Seperti yang kita ketahui bahawa makanan yang mengandungi lemak tidak baik untuk di ambil untuk mengelak penyakit. Kurangilah memakan makanan yang mengandungi lemak dan kolestrol yang tinggi. Apabila kita berlebihan mengambilnya, tanpa kita sedari bahawa kadar minyak dalam tubuh badan kita akan semakin meningkat. Ia akan menyebabkan kulit muka kita berminyak...
2: Hormon tidak seimbang
Ketidak seimbang hormon sering dialami oleh seseorang perempuan pada ketika kedatangan haid dan pada ketika hamil. Ini juga akan menyebabkan kulit pada muka berminyak.
3: Mengalami tekanan
Ketika kita bekerja atau belajar, kita tidak dapat lari daripada tekanan perasaan. Mengalami tekanan perasaan juga akan menyebabkan kulit muka berminyak dan lesu. Kadangkala muka kita akan pucat seperti tidak bermaya.
4: Keturunan
Keturunan juga memainkan peranan yang penting untuk menghasilkan genetik yang baik. Sekiranya salah seorang atau lebih daripadanya mempunyai masalah kulit berminyak, ia akan menurunkan masalah itu kepada genetik seterusnya. Hal ini tidak dapat diselesaikan, tetapi dapat mengurangkan masalah tersebut dengan mengamalkan penjagaan kulit yang betul.
5: Peningkatan suhu
Apabila berlakunya peningkatan suhu yang terlalu panas, ia akan menyebabkan minyak dalam tubuh seseorang meningkat sehingga kulit pada wajah mengeluarkan minyak.Oleh itu, minumlah air yang banyak bagi melembabkan kulit muka anda.
Rahsia Ulam Pegaga Untuk Kecantikan
Ulam Pegaga Rahsia Kecantikan
Amalan memakan ulaman ini sebenarnya sudah menjadi tradisi budaya masyarakat Merlayu sejak turun temurun lagi. Malahannya, kebanyakan remaja-remaja sekarang tidak gemar memakan ulam-ulaman. Tahukan anda bahawa Ulam Pegaga mampu untuk memberi Kecantikan kepada wajah anda. Ulamam juga selalu disebut untuk menjadi Awet Muda. Oleh itu, saya sertakan satu alternatif lain untuk dikongsikan bersama anda yang tidak gemar memakan ulam pegaga. Anda boleh mengamalkan pemakanan ulam pegaga dengan membuat 'Jus' untuk Kecantikan anda..
Di sini saya sertakan resepi membuat Jus Pegaga yang sangat mudah dan sedap.
Resepi Jus Pegaga untuk Kecantikan

Bahan-bahan:
Air 1 gelas
Segenggam ulam Pegaga
Gula (ikut manis yang anda mahu)
Ais (secukpnya)
Cara membuatnya:
Kisarkan ulam pegaga bersama air dan gula mengikut sukatan manis yang anda mahukan. Kemudian tapiskan bahan yang dikisar tadi. Tambah ais dan sedia untuk dihidangkan.....
Ulaman pegaga memberi Kecantikan kepada kulit muka anda....Selamat mecuba....
4 Tips Penjagaan Muka yang Berkesan
Penjagaan Muka
Disini saya kongsikan bersama anda Tips Penjagaan Muka yang Berkesan........
1: Mencuci muka
Salah 1 perkara penting untuk Penjaagaan Muka ialah kebersihan. Untuk memastikan kulit bersih, anda haruslah mencuci muka anda setiap hari dengan pencuci muka yang bersesuaian dengan kulit anda.
2: Jangan mengelap muka
Selepas mencuci muka dengan air yang bersih...
Pastikan anda tidak mengelap muka anda dengan tuala. Biarkan ia kering dengan sendiri. Ini untuk menambah kelembapan pada kulit muka anda.
3: Senaman muka
"Ma Me Mi Mo Mu"
Senaman muka ? pasti anda tertanya-tanya 'berkesan ke?'. Ya disini saya ingin mengatakan senaman muka juga merupakan Penjagaan Kulit yang berkesan. Senaman muka dengan menyebut 'Ma Me Mi Mo Mu' sebanyak 10 kali. Ini untuk mengutakan otot muka dan bibir.
4: Kurangkan menyentuh muka
\
Apabila kulit muka gatal atau tumbuh jerawat anda pasti akan menyentuh kulit muka anda itu. Tahukah anda dengan menyentuh kulit muka anda ia akan terdedah dengan bakteria dan kuman...Untuk Penjaagan Muka anda, pastikan ada kurang menyentuh kulit muka anda itu atau mencuci tangan ada terlebih dahulu sebelum menyentuhnya.
Tuesday, 4 October 2016
Mask Murah
Mask Murah by SnH Beauty...!!!
Best Seller Product....
Kami menjual Mask Murah berjenama SAVEE.
3D Paper Mask Series..
Mempunyai pelbagai jenis 3D Mask seperti Betik, Blueberry, Kacang Soya, Nano Platinium, Karot, Apple dan Sarang Burung
3D Mask ini sangat selesa dipakai kerana ia merupakan mask peper untuk muka sehingga cuping telinga.
Subscribe to:
Posts (Atom)

