Saturday, 8 October 2016

Ciri-ciri Produk Kosmetik yang Mengandungi Merkuri

Ada yang tertyanya-tanya mengapa selepas berhenti memakai sesuatu produk kosmetik atau pemutih, ia akan kembali tumbuh jerawat dan menjadi lebih teruk. Hal ini kerana, anda telah mengambil produk kosmetik atau pemutih yang mengandungi merkuri. 


Ciri-ciri produk kosmetik yang mengandungi merkuri


skin-care-cream

  • Warna krim lebih terang dan menyerlah (kuning/oren)

  • Bau krim tersebut agak kuat dan menyengat hidung (ada yang bau macam kencing kuda)

  • Kulit muka jadi lebih berkilat selepas memakai krim itu

  • Kulit muka menjadi putih dan biasanya putih pucat

  • Krim itu memiliki tekstur yang kasar seperti berbiji-biji dan bergumpal

  • Memutihkan kulit dalam waktu yang sangat singkat (kurang seminggu)

  • Tidak timbul jerawat

  • Kulit mula menjadi kemerah-merahan dan rasa terbakar apabila terkena cahaya matahari

Oleh itu, jika muka anda menjadi sangat cantik dan langsung tidak tumbuh jerawat, namun kembali naik jerawat setelah berhenti menggunakan produk kosmetik tersebut, anda telah menggunakan produk kosmetik yang mengandungi merkuri sehingga membuat kulit muka anda rosak.


Petua Orang Tua untuk Kecantikan

Orang tua lebih berpengalaman berbanding kita. Petua orang tua lebih berkesan dan tidak mempunyai risiko. Post ini saya ingin kosngsikan bersama anda


Petua Orang Tua untuk Kecantikan


  • Melicinkan dan memerahkan kulit muka

Image result for tomato

Ambil sebiji tomato merah yang masak, lenyekkan sehingga halus. Kemudian sapu pada seluruh muka dan biarkan selama 20 minit. Selepas itu, basuh dengan air bersih. Amalkan 2-3 kali seminggu.

  • Menegangkan Kulit Muka

Image result for timun

Ambil tepung ubi kayu dan timun. Hancurkan timun sehingga lumat menggunakan pengisar. Kemudian campurkan tepung ubi kayu kedalam timun yang dikisarkan tadi dan tambah sedikit air. Gaulkan sehingga rata dan tidak terlalu cair. Kemudian sapukan ke muka dan biar sehingga kering. Apabila sudah kering, basuh dengan air bersih.

  • Menyerikan wajah

Image result for berselawat

Hanya perlu mengamalkan amalan di setiap pagi dengan berselawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu ke muka anda.


  • Merawat Kulit Berkedut

Image result for carrot

Ambil sebatak lobak merah dan bersihkan. Parut lobak merah itu menjadi halus. Kemudian campurkan bersama satu sudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu dan sapukan pada kulit muka anda sekali sehari. Boleh diamalkan sehingga berkesan.

  • Kulit cerah dan licin

Image result for limau nipis

Ambil sebiji limau nipis dan belah dua. Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan. Boleh diamalkan dua kali seminggu.

Bagaimana Cara Untuk Picit Jerawat yang Betul

Arrghhhhhh stress !!!! Jerawat tumbuh lagi..... Parut jerawatt yang lama masih ada lagi ?


Image result for cara memicit jerawat

Jangan risau... Post kali ini, saya ingin kongsikan bersama anda...


CARA PICIT JERAWAT TANPA MENINGGALKAN PARUT

~ Sebelum memicit jerawat, pastikan anda mencuci tangan dengan menggunakan sabun antibakteria. Selain itu, anda haruslah memotong kuku agar tidak mencederakan kulit muka dan mengelakkan kuman daripada menjangkiti kawasan jerawat.

~ Gunalah sarung tangan semasa memicit atau sekurang-kurangnya melapik tangan dengan tisu.

~ Selain itu, bersihkan dahulu muka anda dengan pencuci muka. Ini untuk mengelakkan bakteria daripada luar terus tercemar pada kulit muka.

~ Wapkan muka anda dengan air suam beberapa minit. Ini untuk membuka liang pori dan juga memudahkan jerawat dipicit.

~ Sebelum itu, kenalpasti mata jerawat sebelum memicit. Kemudia picit jerawat sehingga keluar isi putih atau nanah dan lap menggunakan tisu. Pastikan tidak picit menggunakan kuku.

~ Selepas jerawat selesai dipicit, cuci muka sekali lagi.

Make Up yang sesuai digunakan

Image result for barang makeup

Seorang perempuan diberikan lumrah untuk berhias. Tambahan pula sekarang, make up menjadi trend bagi remaja zaman sekarang. Ada yang baru berusia 13 tahun sudah menceburi bidang make up ini. Walaubagaimanapun, barang make up yang digunakan haruslah berkuali agar kulit muka tidak mudah rosak.

Untuk memilih barang make up yang sesuai digunakan, saya ingin mengongsikan...

Make Up yang sesuai digunakan

1. Pelembab
Pilihlah pelembab yang mengandungi lebih banyak air dibandingkan minyak. Selain itu, pastikan ia tidak mempunyai Paraben.

2. Foundation
Gunalah stick foundation atau blemish stick. Pilih warna yang bersesuai dengan kulit muka anda. Ia untuk menutupi jerawat atau parut pada kulit muka anda.

3. Bedak
Sebaiknya gunalah bedak tabur (loose powder). Ia dapat menyerap minyak yang banyak terdapat pada kulit remaja. Jangan memakai bedak yang terlalu tebal apabila kulit muka anda cepat berminyak, terutama sekali pada kawasan dahi, hidung dan dagu.

4. Eye makeup
Untuk bahagian mata, anda boleh memilih warna 'eye shadow' yang bersesuain dengan kulit anda. Untuk 'mascara' dan celak mata pula, pilihlah yang tahan air. Ini kerana, apabila anda berpeluh ia tidak akan mudah luntur. Selain itu, anda harus membersihkan kawasan mata anda dengan menggunakan 'eye makeup remover'.

5. Pipi Merah
Untuk pipi merah pula, pilihlah warna yang tidak terlalu kontra dengan kulit muka anda. Kemudian sapukan dengan menggunakan brush yang lembut.

6. Bibir
Akhir sekali dibahagian bibir. Untuk bibir yang kering, pilihlah lipstick yang berminyak dan tidak mudah kering. Untuk bibir yang biasa pula, bolehlah menggunakan lipstick matte yang  menjadi trend sekarang.

Cara Hilangkan 'Sunburn'

'Sunburn' akan berlaku sekiranya kulit terdedah kepada sinaran matahari secara langsung melebihi 30 minit. Sebagai seorang perempuan, apabila mukanya 'sunburn' mereka pasti akan berasa tekanan dan mahukan 'sunburn' itu hilang dengan cara yang berkesan dan tidak meninggalkan kesan buruk terhadap kulit mukanya.




Jangan risau, disini saya ingin kongsinkan beberapa cara untuk hilangkan 'sunburn' tersebut...

Cara hilangkan 'sunburn'

Cara Pertama: Berhenti memakai segala pencuci muka, krim muka, pelembab muka, toner dan semua jenis skin care. Cuci dengan air bersih sahaja. Ini untuk mengelakkan kulit muka dari sebarang bahan kimia.

Cara Kedua: Ambil satu batang lidah buaya dan picit untuk keluarkan lendir lidah buaya itu. Sapu pada muka sehingga kering. Kalau tiada pokok lidah buaya, boleh pakai aloe vera gel yang di jual di watsons dan seakan dengannya.

Cara Ketiga: Pakai bedak sejuk setiap malam. Tapi ingat jangan pakai krim muka !

Cara Keempat: Selepas 3-4 hari, mengelupas akan keluar, ambil kapas muka, letak toner dan gosok dengan perlahan-lahan. Ini untuk menanggalkan kulit yang mati. Ulang 2-3 hari.

Cara Kelima: Selepas sebulan, gunalah pencuci muka anda untuk mencuci muka anda.

Selepas 2 bulan, kulit muka yang 'sunburn' itu akan kembali seperti sedia kala. Bolehlah nak ber 'make up' balik....;)


SELAMAT MENCUBA....

RESEPI MEMBUAT MASKER TELUR

Untuk penjagaan kulit yang lebih mudah. Di sini saya ingin kongsikan bersama anda untuk membuat masker yang mudah di rumah. Putih telur merupakan salah satu rangkaian krim semulajadi yang bukan hanya membuat kulit menjadi halus dan lembut, malah ia mampu membantu mencekangkan kulit mukit anda.


Image result for telur

Resepi Masker Telur

Selain kulit menjadi halus dan lembut, ia juga mampu untuk memutihkan wajah anda.

 
CARA UNTUK MEMBUATNYA: 

Image result for cara membuat mask telur

1. Asingkan putih telur dan kuning telur.
2. Kacau putih telur dengan menggunakan garfu sehingga berbuih (macam buat mereng)
3. Sebelum pakai, bersihkan muka dahulu dengan sabun muka.
4. Sapukan putih telur yang kembang tadi kepada kulit muka anda.
5. Biarkan beberapa minit sehingga semua lapisan masker mengering (sehingga susah untuk menggerakkana muka)
6. Bersihkan muka dengan air suam.
7. Kemudian gunakan ais untuk menutup pori-pori pada kulit muka anda.


*** Selain itu, anda boleh menambah bahan tambahan seperti madu atau perahan lemon.***

Friday, 7 October 2016

Kenalpasti jenis kulit wajah anda

Untuk mengenalpasti jenis kulit anda, di sini saya ingin kongsikan bersama anda Jenis-jenis kulit wajah anda

Kenalpasti jenis kulit wajah anda...

1: Kulit normal

Image result for wawa zainal

Kulit normal ini kebiasaannya kurang bermasalah seperti tidak terlalu kering, tidak terlalu berminyak dan tidak sensitif. Bagi mereka yang mempunyai kulit normal ini, mempunyai permukaan sekata dan tidak berkilat. Selain ini, 'make up' yang digunakan juga akan tahan lebih lama dan muka tidak akan berminyak.

2: Kulit kering

Image result for masalah kulit kering

Kulit kering ini kebiasaannya mempunyai masalah aktiviti pengeluaran kelenjar minyak yang kurang. Hal ini akan menyebabkan kulit pada wajah kelihatan kering dan tidak mempunyai kelembapan pada kulit wajah. Jenis kulit kering ini dapat dilihat seperti kulit tidak berkilat, kulit menjadi kering seperti mengelupas dan tompok-tompok kulit yang kasar.

3: Kulit berminyak

Image result for masalah kulit berminyak

Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak, ia kelihatan permukaan kulit pada wajah yang sentiasa berminyak. Ini berpunca dari aktiviti pengeluaran kelenjar minyak yang tinggi. Jenis kulit berminyak ini boleh dilihat apabila kulit wajah seseorang itu mempunyai bintik hitam atau dikenali 'black head', pori-pori terbuka dan kulit yang berkilat. Kebiasaannya seseorang yang mempunyai masalah kulit berminyak ini, penggunaan 'make up' tidak akan bertahan lama.

4: Kulit sensatif

Image result for masalah kulit berminyak

Kulit sensatif ini kebiasaannya mempunyai masalah yang besar. Kulit sensatif ini sangat sukar untuk dijaga. Cotohnya, apabila berlakunya perubahan cuaca, ia akan menyebabkan kulit bertukar merah dan pedih-pedih. Selain itu, penggunaan kosmetik yang salah akan membuatkan kulit sensatif itu menjadi lebih bermasalah. Kulit sensatif dapat dikesan melalui kulit menjadi kemerahan, kepidihan, mengelupas, naik ruam atau tumbuh jerawat pada kulit wajah.