Saturday, 8 October 2016

Ciri-ciri Produk Kosmetik yang Mengandungi Merkuri

Ada yang tertyanya-tanya mengapa selepas berhenti memakai sesuatu produk kosmetik atau pemutih, ia akan kembali tumbuh jerawat dan menjadi lebih teruk. Hal ini kerana, anda telah mengambil produk kosmetik atau pemutih yang mengandungi merkuri. 


Ciri-ciri produk kosmetik yang mengandungi merkuri


skin-care-cream

  • Warna krim lebih terang dan menyerlah (kuning/oren)

  • Bau krim tersebut agak kuat dan menyengat hidung (ada yang bau macam kencing kuda)

  • Kulit muka jadi lebih berkilat selepas memakai krim itu

  • Kulit muka menjadi putih dan biasanya putih pucat

  • Krim itu memiliki tekstur yang kasar seperti berbiji-biji dan bergumpal

  • Memutihkan kulit dalam waktu yang sangat singkat (kurang seminggu)

  • Tidak timbul jerawat

  • Kulit mula menjadi kemerah-merahan dan rasa terbakar apabila terkena cahaya matahari

Oleh itu, jika muka anda menjadi sangat cantik dan langsung tidak tumbuh jerawat, namun kembali naik jerawat setelah berhenti menggunakan produk kosmetik tersebut, anda telah menggunakan produk kosmetik yang mengandungi merkuri sehingga membuat kulit muka anda rosak.


No comments:

Post a Comment