Friday, 7 October 2016

PENYEBAB KULIT MUKA BERMINYAK

Kulit muka berminyak merupakan satu masalah besar yang dihadapi oleh seseorang. Kulit muka berminyak juga akan menyebabkan seseorang itu kurang keyakinan pada diri apabila berhadapan dengan rakannya atau di khalayak ramai. Kulit muka berminyak akan mengakibatkan pori pada wajah tertutup dan tumbuhlah jerawat.

Image result for penyebab kulit muka berminyak\

Disini saya ingin kongsikan....

5 Penyebab Kulit Muka Berminyak


1: Makanan yang berlemak

Image result for makana yang berlemak

Seperti yang kita ketahui bahawa makanan yang mengandungi lemak tidak baik untuk di ambil untuk mengelak penyakit. Kurangilah memakan makanan yang mengandungi lemak dan kolestrol yang tinggi. Apabila kita berlebihan mengambilnya, tanpa kita sedari bahawa kadar minyak dalam tubuh badan kita akan semakin meningkat. Ia akan menyebabkan kulit muka kita berminyak...

2: Hormon tidak seimbang

Ketidak seimbang hormon sering dialami oleh seseorang perempuan pada ketika kedatangan haid dan pada ketika hamil. Ini juga akan menyebabkan kulit pada muka berminyak.

3: Mengalami tekanan

Image result for tekanan
Ketika kita bekerja atau belajar, kita tidak dapat lari daripada tekanan perasaan. Mengalami tekanan perasaan juga akan menyebabkan kulit muka berminyak dan lesu. Kadangkala muka kita akan pucat seperti tidak bermaya.

4: Keturunan

Image result for keturunan

Keturunan juga memainkan peranan yang penting untuk menghasilkan genetik yang baik. Sekiranya salah seorang atau lebih daripadanya mempunyai masalah kulit berminyak, ia akan menurunkan masalah itu kepada genetik seterusnya. Hal ini tidak dapat diselesaikan, tetapi dapat mengurangkan masalah tersebut dengan mengamalkan penjagaan kulit yang betul. 

5: Peningkatan suhu

Image result for peningkatan suhu

Apabila berlakunya peningkatan suhu yang terlalu panas, ia akan menyebabkan minyak dalam tubuh seseorang meningkat sehingga kulit pada wajah mengeluarkan minyak.Oleh itu, minumlah air yang banyak bagi melembabkan kulit muka anda.

No comments:

Post a Comment